:: “DON’T WORRY ABOUT FAILURES, WORRY ABOUT THE CHANCES YOU MISS WHEN YOU DON’T EVEN TRY.”::

Thursday 11 April 2019

Bengkel Suntingan Video TVPSS Siri 1/2019



Bengkel Suntingan Video TVPSS Siri 1 telah diadakan pada 9 April 2019 bertempat di PKG Bukit Besar yang mensasarkan kepada sekolah-sekolah ahli yang mempunyai TVPSS Versi 1.0. Bengkel ini bertujuan untuk menaiktaraf TV sekolah ke arah TVPSS Versi 3.0 sejajar dengan KPI yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Kluster PSS Bil. 1/2019


Mesyuarat kali pertama untuk J/K Kluster PSS PKG Manir diadakan di SMK Seri Nilam pada 18 Mac 2019. Tujuan mesyuarat ini diadakan di sekolah berkenaan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua GPM tentang pengurusan pusat sumber yang terbaik yang mana setelah selesai mesyuarat, semua GPM akan dibawa melawat Pusat Sumber Al-Mumtazin.

Bengkel e-RPH Untuk Pentadbir Sekolah 2019



Pada tarikh 7 Mac 2019, telah diadakan Bengkel Pengurusan e-RPH untuk pentadbir sekolah-sekolah ahli PKG Manir. Bengkel ini diketuai oleh JU e-RPH negeri Terengganu iaitu en. Khazairilazlimy bin Razali yang sedang berkhidmat di SK Tengku Ampuan Mariam Kuala Terengganu.